//Galaxy
//Galaxy
DRIVING LICENSE PART 1
Saturday, March 10 | 5:54 PM | 0 Galaxy(s)

Hari ni dalam sejarah hidup aku, buat pertama kalinya aku menghadiri ceramah lesen kereta . Hari ni jugak buat pertama kalinya aku bangun awal dalam tahun 2012 . Haha . Pukul 6.30 , aku dah siap-siap dengan baju, seluar and tudung yang nak dipakai untuk ke sana . Aku dibawa ke IKMP untuk dengar ceramah yang sememangnya WAJIB untuk sapa-sapa saja nak ambik lesen . Tak kira la lesen motor atau kereta . Sampai sikit punya awal, ceramah start lewat kut . Aku p sana tanpa mengenali sesiapa pun . Then, kat sana aku jumpa dengan seorang perempuan yang baik . Umur dia sama dengan aku . Nama dia IKA . So, sepanjang 5 jam ceramah tu aku sentiasa dengan dia . Naseb baik ada jugak geng nak cakap-cakap . Kebetulan kat sana aku jumpa ALYNN . Alaa, yang comel-comel tu . Tapi dia tak kenal aku . Aku ja kenal dia . Haha .

Sepanjang ceramah tu, kami semua kena duduk ikut nombor yang kami dapat waktu daftar . My lucky number is 6 . Kebetulan nombor favorite aku . Awal-awal dengar ceramah, mata aku segar . Tapi makin lama mata aku mula ke bawah dan ke bawah . MAMAA ! Mengantuk gila kut . Akibat tempat duduk aku di hadapan penceramah tu, amat malang untuk aku menidurkan diri kerana penceramah tu kerap sungguh melihat ke arah aku . Agak-agak dia perasan kut mata aku yang ke bawah tu . Haha . Pukul 11.30 waktu rehat . Elok la sebab perut aku dah berdondang sayang . Mana tak, aku tak sempat makan sebelum mai tadi . Pukul 12 masuk kelas balik sampai 1.30 . After that, berakhir la ceramah lesen aku . Nak tunggu ambik ujian komputer pulak .

Labels:


<< | >>