//Galaxy
//Galaxy
KAU PERGI
Monday, March 19 | 9:42 PM | 0 Galaxy(s)
18 Mac 2012, 4.30 pagi - Aku dikejutkan dengan pemergian tokwan aku. Mama and aku kelam kabut bersiap. Pagi tu jugak kami bertolak ke Perak kira-kira pukul 5.30 pagi. Sampai perak pukul 10 pagi. Mama bawak kereta laju kut. Waktu kami sampai memang elok-elok sebab van jenazah pun baru sampai dari hospital. Rumah tok aku nampak suram jaa. Orang pulak ramai mampuihh. Dari depan sampai belakang penuh dengan orang. Kat luaq rumah pun lagu tu jugak. Lepas depa sembahyangkan jenazah, kami bergerak p kubur pulak naik kereta makdak aku. 

Kat kubur, liang lahad tak siap lagi sebab penuh dengan air. Kat sana musim hujan and kat tempat tu memang lembah sikit depa duk kata. Sementara tunggu tu, aku p bersih kubur ABAH. Kubur abah pun kat situ. Kubur abah banyak sangat rumput tumbuh. Aku bersihkan and then baru nampak kubur abah bersih. Aku sedekahkan Al-Fatihah kat abah. Paklong aku mai kat aku and peluk aku. Macam dia tau yang aku teringat kat abah. Yes, memang aku rindu kat abah.
"Abah, adik mai nih. Adik minta maap jarang jenguk abah. Kalau Perlis dengan Perak tu dekat, hari-hari adik mai. Abah, tak lama lagi keputusan SPM nak keluaq.  Abah doakan adik, ya ? Abah, adik nak nangis". 
Nih jaa yang mampu aku kata dalam hati waktu tu. Nak nangis malu. Orang ramai kut. Lagipun, selama abah pergi aku tak pernah tunjuk yang aku rasa kehilangan abah kat mama. Tapi bila aku selalu sebut pasal aku dengan abah, mama tau yang aku teringat kat abah. Abah pergi waktu aku umur 8 tahun. Sepanjang kenangan aku waktu kecik dengan dia, aku selalu ingat.


Habis semua urusan kebumi tokwan, kami balik rumah tok aku. Jumpa adik beradik ramai sangat. Nak panggil pangkat apa pun dah tak tahwan. Yelaa kan, pakat semua dah besaq. Along sampai rumah tok pukul 1 lebih and then tunggu tunang dia sampai pukul 3 lebih jugak. Aku and mama berangkat balik Perlis pukul 6. Sampai pukul 3 pagi. Lambat kes berhenti tidoq. Penat kut jalan jauh. Mama dah bangun awal , drive jauh and tak rehat. Sampai rumah terus tidoq. THE END !

Labels:


<< | >>