//Galaxy
//Galaxy
KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM)
Wednesday, March 21 | 6:34 PM | 0 Galaxy(s)
Dap dup dap dup ! Macam semua tau, hari ni result SPM keluaq. Ketaq lutut habaq hang. Pagi nih aku bangun sikit punya awal la. Nak habaq penangan SPM. Haha. Pukul 7.30 aku bangun mandi-mandi. Nak sarapan tak lalu dah. Kawan-kawan text aku lagi. Bertambah la ketaq aku nih . Aku p sekolah pukul 9.30. Sampai sekolah ja aku cari kawan-kawan aku dulu. Depa semua pakat ketaq dah. Aku ketaq jugak tapi still maintain. 
Tunggu Pengetua p ambik result bapak lama. Sementara tunggu tu, kami sembang rancak and sesi photography. Hok tuu wajib. Nih kes nak bagi hilang cuak. Then depa panggil masuk dewan. Dup dap dup dap pulak. Pukul 10.30 baru pengetua sampai. Abis ja dia berucap bagai . Taaadaaa ! Tunggu apa lagi, pakat serbu ambik result laa. Aku biaq dulu depa ambik, actually takut. Haha. Time aku ambik result, tangan dah ketaq sakan nih, cikgu tengok result aku. Aku tutup mata dengan sijil and cikgu habaq..........
"Ehem-ehem A pipah. Takyah duk takut. Elok dah"
Mak aii , aku tak caya cek. Aku target 1A jaa. Tapi alhamdulillah semua subjek aku lulus, walaupun ada yang atas pagaq. Oke laa tuu, janji lulus semua. Paling tak buleh blah, ADD MATH aku lulus weyhhhh :) First time dalam sejarah aku lulus. Selama duk exam tak pernah lulus pun sekali. Alhamdulillah sangat-sangat. Akhirnya, bebas daripada rasa dup dap, cuak, takut and seangkatan dengan tuu. Terima kasih cikgu-cikgu, mama, kawan-kawan and semua yang banyak tolong aku. Sayang hampaaaa.
TAHNIAH SEMUA BUDAK-BUDAK SPM 2011 !
TERIMA KASIH YA ALLAH , SYUKUR !

Labels:


<< | >>